Sunday 24 March 2019

Kisah Inspirasi Wanita TWB - Nurul Shakirah

Assalammualaikum & Hai

Ini adalah kisah inspirasi ahli TWB iaitu :

Nama: Nurul Shakirah Binti Abu Bakar
Umur : 27 Tahun

Beliau masih bujang dan sebelum membuat keputusan untuk berhenti kerja beliau adalah seorang kerani kilang, sepanjang bekerja sebagai kerani kilang TWB adalah kerja sampingan Shakirah. Tetapi kini, Shakirah telah pun menjalankan bisnes spa secara full time.

ketika training spa



Mak ayah & adik kirah yg oku tu. kirah buat semua ni utk depa. Nak ada lebih byk masa utk depa especially adik (since ada beradik lain kerja)

Okaylah, saya story sikit la ya 

Saya ada sorang adik lelaki yang OKU. Dia tak boleh jalan sejak dari kecil. Tahun ni umur dia dah 24 tahun.

Sebelum ni saya kerja, masa tu adik pun kecik lagi, mak pun kuat lagi. Tapi as time goes by, adik pun makin besar, badan dia naik mendadak (asbab makan ubat utk saraf), mak pun makin tua, sakit lutut etc.

So saya rasa saya kena do something. Yang boleh ringankan beban mak nak uruskan adik & kerja rumah. Tapi dalam masa yg sama boleh gain income jugak.

Masa tu saya memang dah start join twb masa saya kerja tu, tapi buat secara part time je la.

Long story short, saya ambik keputusan utk berhenti kerja & fokus 100% buat spa & shaklee.

Memang tawakkal ja masa tu.

Alhamdulillah, apa yg saya tak dapat buat masa saya kerja, saya dapat buat lepas sy buat keputusan utk fokus spa twb 100%.

 DAPAT RINGANKAN KERJA MAK, ADA LEBIH MASA UNTUK TEMAN ADIK DIRUMAH tapi dalam masa yang sama MASIH BOLEH BAGI DUIT BELANJA KAT MAK AYAH.

InshaAllah bulan 5 ni nak bantu bagi dana untuk mak operation lutut, dan bulan 11 nanti nak hantar ayah pi umrah.

Next target nak umrahkan diri sendiri pulak bulan April tahun depan. InshaAllah..

So itulah kisahnya 


No comments:

Post a Comment