Tuesday 26 March 2019

Mobile Spa Bisnes Ideal Untuk Suri Rumah





Assalammualaikum dan Selamat sejahtera..

Kalau dulu, mesin basuh hanyalah kemahuan tapi sekarang ia merupakan keperluan.. kenapa?


Zaman dah berubah.. dah ramai wanita keluar bekerja dah tak macam, nenek, Opah, tok kita dulu.. hanya duduk rumah dan melakukan kerja-kerja rumah.


Tetapi bagaimana pula dengan dilema seorang surirumah yang tepaksa akur dengan tanggungjawab untuk menjaga anak, tetapi dalam masa yang sama hati meronta-ronta untuk meringankan beban yang digalas suami. Ibarat ditelan mati mak, diluah mati bapak.. semuanya serba tak kena.


Jadi, ramai isteri yang tidak bekerja mula mencari perniagaan bermula dari rumah. Dengan teknologi zaman sekarang ramai yang memilih untuk berbisnes online sambil menjaga anak dirumah.


Namun adakah bisnes yang sesuai? mungkin tak banyak tetapi bisnes yang ideal masih ada untuk surirumah. Iaitu bisnes mobile spa atau homespa.


Berikut merupakan 5 sebab mengapa Mobile Spa Bisnes Ideal Untuk Suri Rumah.


1. Bisnes yang bermodal rendah.


Mobile spa The Walking Beauty merupakan mobile spa yang menggunakan modal yang rendah kerana menawarkan pakej lengkap untuk anda memulakan perniagaan tanpa kos fizikal seperti sewa kedai dan upah pekerja yang ramai. Demand dan peluang dalam kerjaya beautician juga adalah tinggi dan 0 risiko kerugian.


Elakkan terjebak dengan bisnes yang bermusim seperti menjual pakaian, kerana anda tidak mampu untuk menyimpan stok jika musim fesyen pakaian berubah-ubah, untuk bisnes begini anda perlu bergerak laju jika tidak anda akan mengalami kerugian.


Pilih bisnes yang menawarkan instant cash seperti mobile spa, anda beri servis kemudian pelanggan bayar maka urusan bisnes selesai disitu. Sangat MUDAH dan FLEKSIBLE.


Baca juga - BISNES SPA SATU PELABURAN YANG BIJAK


2. Mobile Spa Bisnes Yang Menawarkan Mentor.


Tahukah anda bisnes spa adalah sejenis perniagaan perseorangan, jatuh bangkit anda adalah bersendirian, jarang perniagaan spa menawarkan mentor. Jika anda kursus diluar sana, selepas habis kursus untuk setup bisnes anda perlu lakukan sendiri tetapi berlainan dengan mobile spa TWB.


Mentor merupakan orang yang menunjuk arah dalam bisnes anda dan juga seseorang yang berpengalaman dalam luas dalam bidang yang anda baru nak mula dan akan bantu anda untuk bermula dalam bisnes yang baru anda ceburi.


Mentor juga adalah orang yang sanggup bersusah payah membantu anda tanpa mengenakan cas sedikitpun malah kebaikan mempunyai mentor anda tidak perlu try and error yang kesudahannya membuang masa anda, cuma perlu berusaha dengan startegi yang mentor sediakan, pendek kata mentor adalah shortcut anda untuk berjaya.



3. Bisnes Yang Menawarkan Instant Cash.


Bagi surirumah instant cash sangat penting untuk anda, bagi menampung perbelanjaan harian. Dengan mobile spa.. senang giler anda nak buat duit cash! Tak perlu berbisnes secara hutang seperti jual kain pasang. Lepas servis terus dapat duit.


KEUNTUNGAN ADALAH 100%

Mudah kan?








4. Bisnes Yang 'Evergreen'


Kalau bisnes pakaian ianya pasti bertukar ganti kerana fesyen, kalau bisnes makanan ianya pasti ada turun naik kerana viral makanan dari resepi baru.

Tapi kalau bisnes spa? hari semakin hari permintaan semakin tinggi

Sekali anda belajar teknik pikat hati customer yang TWB ajar untuk servis spa, itulah yang akan tarik customer anda untuk mereka repeat dan sampai tak tawar malah beri lebih.

Ini bukan cakap kosong tapi TERBUKTI! kita ada RESULT! 

Apa rahsia kami? kenalah join dulu baru kami bongkar satu persatu.


Customer booking setahun terus hanya di TWB




5. Hala Tuju Bisnes.


Sebagai surirumah, apa hala tuju anda dan tujuan utama anda buat bisnes mesti tak lain tak bukan untuk bantu meringankan beban suami dan jika yang ada anak pasti ianya untuk masa depan anak-anak anda bukan?

Tahukah anda, dengan bisnes mobile spa TWB anda boleh mewariskan bisnes anda kepada anak cucu anda.

Tetapi sejauh manakah hala tuju anda dalam bisnes mobile spa? Bila buat facial ada duit? tak buat facial tak ada duit? Sebenarnya TWB bukan sekadar itu.. ianya lebih daripada itu. Tujuan kami adalah untuk membangunkan wanita itu sendiri, dengan spa sahaja anda boleh:

1. Ada kebebasan masa.
2. Simpanan 5 angka.
3. Ada EA untuk apply rumah, kereta dan semua aset ATAS NAMA ANDA SENDIRI.
4. Travel oversea bukan lagi sekadar angan-angan.
5. Bayar zakat, infaq dan tolong orang susah.


Jadi surirumah sekalian sila bangkit mantapkan ekonomi kewangan anda!

Untuk detail tentang mobile spa anda boleh hubungi saya:

WhatsApps: 019-6554599

Boleh follow fb saya : Mira Sofea










Sunday 24 March 2019

5 Kisah Wanita Peroleh Pendapatan 4-5 angka Dengan Mobile Spa








Assalammualaikum dan Hai semua..

Sepanjang TWB ditubuhkan, sebenarnya terlalu banyak kejayaan-demi kejayaan yang dilakar oleh alumni TWB, kisah mereka semua secara tidak lansung telah banyak memberi inspirasi kepada wanita di luar sana.

Ramai wanita yang mempunyai ceritera kehidupan lebih kurang sama dengan kehidupan wanita kental inspirasi TWB ini, namun mungkin malu untuk mengaku atau sebagainya. Jadi apa kata kita ikuti kisah mereka berlima.

Tekan link di bawah untuk baca selanjutnya

Kisah Inspirasi Wanita TWB- Kak Lin




Kisah Inspirasi Wanita TWB - Cikgu Azura







Kisah Inspirasi Wanita TWB - Wan Syahida Kahar







Kisah Inspirasi Wanita TWB - Rosilah Binti Duming




Kisah Inspirasi Wanita TWB - Nurul Shakirah



Selamat menghayati kisah inspirasi wanita TWB ini semua.

Kisah Inspirasi Wanita TWB- Kak Lin

Assalammualaikum & Hai 

Kali ini kita bawakan kisah inspirasi wanita TWB akak Lin kita yang agak panjang, terus terang saya agak terkesan dengan kisah akak Lin ni walaupun waktu beliau buat sharing tu adalah pertama kali saya mengenali beliau.




Jom ikuti kisah beliau.

Kisah saya agak panjang juga walaupun semua baru berlaku, akak cuba ringkaskan.


Saya Lin, menetap di Putrajaya.


Berusia 43 tahun, ada seorang anak perempuan 16 tahun. Saya merupakan penghidap Diabetes, hypertension, neuropathy dan retinopathy. 


Sejak setahun yang lalu, masalah rumah tangga dan kesihatan saya semakin kronik. Beberapa hari sebelum raya haji penglihatan saya terganggu di mana saya tak dapat melihat jelas menggunakan kedua-dua mata.


Pada raya haji bebaru ini, saya diceraikan suami melalui text wasap.


Sebelum ni asalnya hidup selesa. Dah 6 tahun saya surirumah sepenuh masa. Tiap-tiap bulan suami bank in RM2k dalam account bank. 


Langit tak selalu cerah. Saya tak pernah terfikir akan berpisah, lagi-lagi suami baik orangnya. Bekerja keras utk cukupkan segala keperluan.


Namun siapalah saya, nak menentang takdir Allah. Jodoh kami setakat ini saja.


Petang tu saya terima text tu...maghrib tu saya pergi surau...lama saya sujud...Ya Allah...aku redha dgn ketentuanMu...


Dua hari saya menangis. Dan menangis. Saya redha, cuma agak tak sangka terjadi perpisahan jiwa ni waktu mata saya bermasalah.


Saya tiada savings. Tiada harta. 6 tahun senang lenang semua suami tanggung.

Apa saya nak buat? 

Mana saya nak mula? Macam mana? Pelajaran tak tinggi...dah agak berusia...sakit pulak. Majikan mana nak ambil pekerja macam saya yang tiap-tiap minggu kena ke hospital, ke klinik, yang asyik sakit. 


Selain mata, saya ada luka diabetic kat tapak kaki. Jari-jari kaki kanan saya dah 4 kali kena amputate...dah takde 4 jari.


Orang cakap...jangan risau sangat...jangan pikir banyak...Allah ada. Cakap senanglah, kalau kena baru tahu.


Saya percaya, kalau takde usaha, macam mana rezeki nak masuk? Saya kena buat sesuatu!


Semua orang diduga dan diuji. Lain-lain ujian dan tahap aje kot. Bagaimana kita melepasinya, itu kita yang kena fikir


Macam-macam cadangan saya pertimbangkan... Akhirnya saya ikut kawan saya pergi preview career talk mobile spa satu projek group yg lain. 


Saya tekad... Ni lah penyelamat saya! Senang aje....gosok-gosok muka orang aje! Kena cari modal RM5k aje! Kalau saya ada RM5k, buat apa saya nak gosok2 muka orang? ....


Malam tu kawan saya yang lain bagi saya nombor Maria Firdaus. 


24 Aug 2018, saya join Free Preview The Walking Beauty (TWB) di bawah Master Maria Firdaus. 


Okay...nekad dah...this is it! Cari RM2k aje. Tak susah kot. Kalau tak berjaya buat duit... Tak ralat hilang RM2k.


Saya ni ego agak tinggi juga. Bukan jenis pinjam-pinjam duit orang. Tak suka berhutang. Saya pernah beli kereta alza ambil loan bank...tapi bila saya jadi surirumah, saya nak cut monthly expense, saya bagi orang sambung bayar... supaya saya takde hutang bulan2. So...nak pinjam2 duit bukan mudah bagi saya.


Saya call salah seorg ahli keluarga rapat saya dan ceritakan masalah saya. Ni minggu yg sama saya kena cerai ni.  Instead of saya meratap menangis lama-lama.. Saya dah plan perjalanan hidup saya seterusnya. Ini redha pada saya. 


Saya luahkan pada kakak angkat saya, dia surirumah jugak. 


Tetiba esok hari dia bagitau saya... Dia dah minta tolong anak dia bank in cash RM2k ke acct saya. 


Dia cakap..."Adik, i believe in you. Akak tahu adik boleh berjaya. Adik gunalah duit akak dulu...no hurry to pay back..."


Masa tu saya pikir...Ya Allah...betul ke ni nak guna duit orang untuk terjun bidang yang not my flare ni?


Saya pm Maria..saya tanya macam macam.  


Ok puas hati...29 Aug 2018 saya bayar RM1999 +RM100 kelas penjagaan berpantang.


31 Ogos 2018 lepas perarakan Merdeka...saya masuk training dgn Master Ainul. Abis training nekad cari customer.


Dgn mata yang tak berapa nampak. Saya ni gemuk, kaki masalah saraf. Susah nak duduk bersila bagai. Tapi nak cari duit punya pasal, saya tak nak minta duit orang...ehsan orang. Saya mesti berusaha sendiri.


Masa training.. Nampak mata saya sepet sebelah.. Otot saya lemah tak boleh fokus dua biji mata tu.


Owh ye.. Anak perempuan saya 16 tahun...hantar saya dr Putrajaya ke Bangi naik motor..dia lesen L aje. Belasah jer la. Sakit punggung jangan cerita.


Waktu tu, saya dah  tak boleh drive.. Mata tak berapa nampak. Duit tak ada nak naik uber. Motor pun motorlah.


Kawan saya tanya...'Acaner ko nak facial muka org...muka ko pun tak brp nak elok ni?' Hahaha

Ada saya down?? Tidakkkkk

Saya perfectkan skill eye and face massage saya...saya buat homespa saya betul-betul macam spa.


Apa yang Master Ainul ajar, saya dengar. Baca group telegram..dapat ilham.


Facebook saya ada 200 kawan je masa tu. Asalnya set private.  Atas nasihat mentor dalam TWB, saya publickan.


Saya start sharing pasal aktiviti saya. Saya tak promote lagi.


Saya masih tak yakin, so saya offer free full facial kat 7 orang. Mentor dalam TWB yang suruh. 


Sebelum buat servis berbayar, belajar buat yang free. So kalau buat silap orang tak marah.


Saya tak yakin jugak nak offer servis. Tapi yang dapat free facial saya ni..dah war2kan kat kawan2 lain...


"Best giler kena ulit-ulit muka dengan Lin..."


Then 9 Sept 2018...duit kat tangan saya tinggal RM18. Dlm bank ada RM109.50 tak silap


Naik motor anak bawak dari bank ke bank...kenapa tak boleh withdraw?? Tak boleh transfer??


Kena timpa tangga lagi... Rupa rupanya, orang yang sambung bayar kereta saya, dah 3 bulan tak bayar! Bank sekat akaun saya!


Tu je duit saya ada. Dah terdesak...saya mula iklan servis by wasap dulu. Offer RM30 aje... Ni dah terlebih murah dari market price. Tapi sebab saya tak berapa yakin, saya rasa murah pun tak per lah. Janji dapat duit.


Saya dibayar RM100...nangis terus....saya bgtau Maria. Customer cakap puas hati kerja saya. Alhamdulillah.


Next customer RM50 pakej mak anak...dia bayar saya RM100 juga


Pada waktu tu, hanya Allah yang tahu perasaan saya. Betapa gembiranya dapat duit cash dikala betul betul tak ada duit. 


Saya pernah naik motor dari Putrajaya ke Setiawangsa buat facial.... Sakit bontottttt.


Naik motor pergi Hotel Marriot. Parking motor pun tatau kat mana. Ni semua semata-mata nak buat servis untuk customer.


Kemudian, kakak saya baru dpt tahu kesusahan saya. Saya kena sound sebab tak bagitau dia, dia terus bank in RM 1k dlm akaun saya. Akaun yang kena beku tu. Huhu.  


Saya mampu tengok je baki...tapi tak mampu keluarkan.


Lepas tu saya tak berapa kisah dah apa jadi dengan duit dalam akaun tu...

Sebab cash masuk almost hari-hari melalui mobile spa. 

Melalui teknik marketing yang team TWB ajarkan, saya berjaya dapatkan customer dari kawasan sekitar.


Namun, tahap kesihatan saya belum sembuh sepenuhnya. Seminggu 2 atau 3 kali saya kena ke hospital dan klinik kesihatan. 


Saya mohon belajar kelas pemakanan, penjagaan diabetes, kelas bersenam. Saya susun semua hidup balik. Tapi hari-hari saya akan sebut TWB...TWB... "Ya Allah, tolonglah aku..."


Saya ke jabatan agama, JKM, mahkamah etc...tapi saya masih boleh buat duit masuk...susun jadual saya.


Hari saya sihat...saya go MOBILE SPA! Hari saya tak sihat...saya panggil kawan-kawan datang rumah  buat HOME SPA.


Tengah hari saya akan senang pitam. So no appointment masa tu.


Sekarang, Alhamdulillah. Mata saya semakin pulih...kurang sepet skit dah. Darah tinggi saya minggu lepas doktor dah potong satu ubat sebab dah turun. Gula saya dah bawah paras 10.


Saya rasa semua related to stress.


Saya dulu tak minat beauty. Saya tak minat spa2 ni. Tapi saya nampak jalan keluar dari masalah saya.


Walaupun kecantikan, spa bukan dunia saya. Tapi selepas saya belajar dalam mobile spa, saya rasa ia seperti memberi satu keseronokan dan kepuasan buat saya.


Ilmu yang saya peroleh dari Team TWB sangat berharga. Ilmu urutan spa, barangan berkualiti yang disediakan, teknik marketing yang superb dan amazing, serta team yang sangat saportive.


Tadi naik court kes cerai saya...lafaz luar mahkamah. Ex husband cakap, saya nampak kuat, nampak happy dengan life baru saya.


Saya sedih sangat....tapi i will be okay now.


Kawan-kawan pun paham saya susah duduk bersila. Saya gemuk, diorang sendiri akan suggest facial atas katil. Today saya dapat hadiah katil spa dari seorang kawan. Lazada datang hantar kat rumah.


Saya dapat hadiah sauna FIR dari kawan jugak, Hahah ni peberet saya...


Sambil-sambil duduk tengok konsert Big Stage kat TV... Ada org datang sauna...dapat RM30. Boleh la lepas makan saya anak beranak.


22 Sept 2018 saya masuk kursus penjagaan berpantang TWB. Trainer saya haritu tegur saya nampak lain. Saya dah pandai gosok-gosok muka sendiri. Dah nampak berseri sikit wajah saya.


Semalam lepas maghrib, saya maafkan semua orang dan segala-galanya. Termasuk yang menyusahkan saya. 


Saya jenis cakap, tulis takde hide2..berterus terang...kat fb wall saya, tulis dr hati.


Ada yang kurang senang...kata saya memalukan diri. 


Sebenarnya, niat saya...saya tahu ramai kat luar tu...pun kurang baik...tapi malu nak ngaku...malu org tahu... Makan dalam. Saya share...supaya org tahu..life is not easy for everyone


Semalam saya dengar Datuk Seri Vida cakap...There's no fast track to success...


Kalau rajin nak usaha...TWB will lead the way to success. Tapi TWB tak boleh spoonfeed success to you.


Alhamdulillah, melalui servis mobile spa TWB ni, saya berjaya peroleh hampir RM2000 untuk bulan pertama ini.


Dalam keadaan saya yang tak berapa sihat ini, dalam keadaan berulang alik ke hospital, mahkamah, pejabat agama dan lain lain lagi, saya rasa ia pencapaian yang membanggakan untuk saya.


Bukan mudah seorang wanita seperti saya untuk mendapat apa yang saya dapat sekarang ini. RM2000 untuk bulan pertama satu dalam bidang ini sangat menggembirakan saya .Terima kasih ya Allah.


Dalam group mobile spa saya, ramai yang berjaya. Mereka yang sihat dan buat secara fulltime boleh peroleh income RM5k, RM7k, RM10k dan ada yang dapat RM20k melalui mobile spa ini.


Tambahan pula selepas ini team kami buat Pakej Berpantang pula, maka lebih mudahlah untuk saya memberikan servis nanti.


Syukur Alhamdulillah. Saya berada dalam group dan jalan yang betul.


Dalam sakit perit air mata yang macam telaga air zam zam tak pernah kering, Allah beri nikmat lain iaitu "Ketenangan Jiwa" buat saya.


Saya dah mula suka TWB SPA, saya nak grab peluang dalam pakej TWB penjagaan berpantang dan selepas bersalin tu. 


Sebab saya nampak demand dan market di situ. Kalau kita mula lambat, orang lain yang ambil peluang dulu.


Terima kasih semua. Maafkan saya kalau menyinggung dengan bahasa tak seberapa ni.


Terima kasih buat Maria & Firdaus. Terima kasih buat trainer. Terima kasih rakan rakan TWB atas ilmu yang kalian kongsikan.


Saya ni IG pun tak reti. Facebook pun terkial-kial, Nak edit iklan pun tak reti. 


Tapi dalam TWB, ada aje org tunjuk ajar. Ada saja orang yang nak tolong. Kami semua dah macam adik beradik.


Dalam kekalutan dalam kehidupan, mentor saya berpesan kepada kami semua.


1) Untuk Yang Ada Suami Yang Baik:


- Berusahalah untuk stabilkan family sama. Jangan harapkan suami seorang untuk baiki kewangan.

- Kena gilap skills supaya ada back up if anything happened.
- Buat savings sendiri, reward suami dan anak anak untuk gembirakan mereka (redha mereka penting dlm bisnes).

2) Untuk yang ada suami tetapi tak bertanggungjawab:


- Focus dan usaha utk baiki diri demi anak2.

- Jangan jadi hamba pada lelaki , stand up! 
- Doa setiap hari minta Allah beri hidayah pada suami, tetapi ini bukan jalan untuk you meredhai apa yang suami buat ( Bangkit n fight for your rights - cari 3rd party utk dptkan advice)

3) Untuk Yang Single Women / Moms :


- Jangan sedih bila tak ade suami

- Percayalah, hidup single tetapi berduit adalah lebih bahagia dari hidup bersuami tapi tak berduit dan menyusahkan. 
- Cari redha Allah, cari kasih sayang Allah kerana cinta Allah is the ultimate one!

Harap bermanfaat la sharing daripada saya. Doakan saya rezeki kebaboom keajaiban pada hujung minggu ni. Semoga Allah murahkan rezeki saya juga.


Sekian sharing dari Kak Lin kita, semoga menjadi inspirasi wanita diluar sana.

Kisah Inspirasi Wanita TWB - Cikgu Azura

Assalammualaikum & Hai

Ini adalah kisah inspirasi ahli TWB iaitu :

Azura, iaitu seorang guru mempunyai 2 orang nak lelaki dan tinggal di kawasan pedalaman Pekan, Pahang tepi Sungai Pahang.

Jom ikuti kisah beliau.





Saya bermula dengan SPA TWB pada September 2015.

Mungkin ada yg blur apa itu TWB. TWB ni maksud nya ialah The Walking Beauty.

Satu organisasi besar projek SPA sama ada home/mobile tanpa kedai spa. Maksudnya runing SPA secara bergerak atau buat dirumah.

0 kos sewa kedai, kos bayar gaji pekerja, kos bil-bil kedai.

Korang boleh pilih nak buat SPA secara bergerak. Bergerak ni maksudnya bawak barang pergi rumah customer. Atau boleh pilih secara home iaitu buat dirumah. Set bilik spa kat rumah dan org datang rumah kita.

Saya kosong pengalaman tentang SPA. Maksudnya terus terjun. Tangan kaku macam kayu mop. Memang pendek kata buta SPA.

Akak cikgu tapi nak buat SPA. Kenapa? Sebab Akak nak cari duit lebih. Korang ingat cikgu banyak duit? Nampak macam kaya tapi kayap...hihi.

Akak decide nak buat SPA sebab Akak minat tu je. Masa tu tak fikir pun tak pandai.

Dah la Akak ni duduk kawasan pedalaman. Rasa-rasa ada ke orang nak buat SPA?

Ok.

Mula-mula Akak join, Akak pilih nak buat Home Spa. Barang sampai jumaat, akak training hari ahad. Lepas tu iklan kat fb. Isnin dah ada 5 orang book.

Akak nak mula tak ada modal. Akak gadaikan gelang nak bayar kos SPA Masa tu RM750 (Pakej Facial sahaja, September 2015).

Lepastu nak beli barang Spa Akak sangat-sangat jimat dan kedekut. Semua Akak beli kat kedai 2 hengget

Berus muka Akak pakai berus lukisan anak. Ada aku kesah janji berus. Perkara pertama Akak buat bila ada customer. Akak pasang music, suruh dia baring dan tutup terus mata dia dengan kapas. Supaya dia tak nampak barang-barang SPA Akak

Perbezaan berus muka dengan berus lukisan.

Bila dah tutup mata Akak mula lah keluarkan aksesori kedai 2 hengget ku. Dari besen sampai ke tuala

Dulu, semua kena beli sendiri. Akak cuma dapat solid produk je.

Akak jeles jugak tengok korang sekarang. Siap dapat beg, Ion massager, steamer full pakej 5 course. Tak grab jugak peluang ni tak tahu lah

Memang lucu bila kenangkan kisah SPA Akak. Berus lukisan guna sampai customer yang ke 50. Hahahaha

Akak tak membazir. Dapat 10 orang customers baru Akak beli steamer. Takde duit kan. Kena bijak merancang.

Nak tengok balik modal je dulu. Suami Akak memang support 100%. Test kat muka dia berus lukisan, dia kata ok lembut

Korang tau tak?

Isnin tu Akak sekolah sebelah pagi. Sebelah petang ada customers ni 5 orang. Kawan-kawan kat sekolah confirm la semua tahu sebab dah iklan kat fb kan.

Jadi pagi isnin naik pejabat nak hantar register.

Perkataan pertama Akak dengar.

“Muka macam ni ada hati nak buat SPA.”

Tak kata apa weh.

Pusing dan turun tangga sambil air mata tap tap tap

Akan ku ingat kata-kata ini. Jaga kau hantu !

Akak tak cantik !

Tapi suami Akak kata Akak bidadari dia. Ececece

Sebab tu, kita perlukan SUPPORT GROUP. Support Group TWB sangat-sangat power. Masa tu ngadu kat mentor. Nanges weh

Mentor banyak bagi nasihat. Kadang menyampah pun ada Kejap-kejap nangis Hahahaha

Satu je yg Akak pegang sampai sekarang. Mentor kata bila customer nak SPA dia akan tido Dia tak belek dah muka kita. Kihkihkih.

Ok lah, Akak teruskan buat SPA. 1 minggu pertama dapat lah balik modal RM750 ni.

Suka yaamat

Balik sekolah ada job. Pinggang nak patah. Skill cari customer kena power. Bab ni nanti otai TWB pecah rahsia.

Setengah bulan, Akak dah dapat 1k++. Akak masuk dalam tabung SPA.

Barang yang boleh guna, Akak guna lagi. Span muka tu beli yang proper la. Tak la guna span basuh pinggan

Akak makin seronok buat duit. Modal dah dapat pulangan. Dan sekarang ini duit aku yang punya.

Akak buat home dulu. Suami tak bagi buat mobile lagi. Dia takut Akak kena kidnap. Betapa sayangnya dia pada akak. Haha.

Ok, hiasan Home Spa tu simple je. Pakai toto je uolls sebelum pakai katil.

Ingat satu je.

Orang tido. Dia tak sempat nak belek bilik SPA kita.

Bulan ke-2 Akak mula buat mobile. Beranikan diri. Dapat alamat, malam tu suami pergi riki dulu rumah customer. Takut lah kan apa-apa jadi kat wife dia yang syantiq ni.

Ok, drive.

Alahai.. masalah Akak ni suka sesat. Tak pandai baca waze.

Akak duduk dalam kawasan agak pedalaman, so nak keluar ke bandar dalam 40minit.

Nak keluar pun 1 kes, terpaksa melalui periuk api a.k.a tahi lembu

Habis penuh cermin depan. Aku pun wipe.. Lagi teruk rupanya. Comot dan busuk. Nak masuk bandar pulak tu

Nangis jugak masa ni

Bab jalan...nak pergi boleh pergi. Nak balik tak tau. Duduk tepi jalan nangis macam mana nak balik. Dah macam budak kecik

Kadang-kadang, pergi pun tak sampai-sampai

Jenuh tau Akak ni. Hahahaha.

Itulah pengalaman berharga Akak dalam TWB ini.

Akak seorang yang tidak cantik, Akak sangat-sangat low-self confiden, Akak cikgu Pendidikan Khas (PK), jadi rasa macam banyak kekurangan. Dunia Akak cuma murid-murid PK.

TWB ni banyak ubah persepsi Akak dan semangat. Banyak positifkan Akak sebab Akak duduk dalam cycle group support positif dan gila duit.

Ok, next yang ke-2 ialah macam mana Akak dapat RM10K? Sebenarnya dapat lebih.

Akak kena buat sebab Akak nak duit tu je.

Kami bulan-bulan suami isteri tanggung mak ayah. Mak ayah adalah list teratas setiap kali gaji. Ada duit ke tak de ke mesti masukkan mak ayah dulu. Diri kami kemudian kami fikir.

Tak pernah kalau mak ayah, mak ayah mertua mintak duit kami cakap takde. Tak sampai hati. Kalau terpaksa korek tabung pun, korek lah.

Jadi aim Akak duit. TWB bagi skill. Jadi Akak kena asah skill Akak sampai mantop!

Kalau kita kata takde duit mak.. apa perasaan mak? Dulu masa belajar main oder je, betul tak? “Mak, kakak takde duit. Mak mesti masuk kan duit jumlah sekian-sekian.” Ada kita pernah tanya mak ambik kat mana?

Bila masuk bab mak ayah ni, Akak jadi sensetip sikit.

Akak gunakan skill TWB ni. Buat SPA sungguh-sungguh.

Engkorang semua untung sekarang kan founder master ainul terus masukkan 5 kos + 1 kos free lagi.

Kami dulu takde nye. Nak belajar pekej SPA lain-lain pergi kursus lagi. Banyak jugak kursus weh! Ni RM1999 lengkap semua mana nak cari?

Tak ada dimana-mana pusat SPA.

Sekarang, Customers Akak since 2015 lebih dah 100 orang.

100 Orang X RM50 = 5K juling

Ok, bayangkan kalau korang buat pakej.

-Pakej sri pengantin
-Pakej hari ibu
-Pakej bertunang
-Pakej hari kekasih

Sebab tu Akak suka pakej. Duit dapat lagi banyak

Dah terpecah pulak rahsia. Tapi takpe lah sikit-sikit pecah. Baru sikit ni.

Diam tak diam kan hampir 3 tahun Akak boleh dah nak hantar mak ayah Akak umrah. Total kos berdua 13K. Tapi Akak standby 15K.

Umrahkan emak ayah guna saving income TWB.
Adik-beradik lain ada yang support baju dan sebagainya. Akak bahagian bayaran besar je. Rasa bangga bila ayah peluk kita. Ayah doakan kita

Lepas tu Akak boleh bayar PTPTN Cash."

Settle hutang PTPTN dengan Income TWB.


Sekian sharing dari Cikgu Azura, semoga menjadi inspirasi kepada semua wanita kerjaya diluar sana yang menginginkan kemajuan dalam hidup.