Tuesday 25 October 2016

5 TANDA BADAN ANDA OBESITI

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Myra Sofea..

Terima kasih kerana sudi singgah di blog Myra Sofea, saya doakan anda semua dikurniakan kesihatan yang baik dan bahagia di samping keluarga tercinta.

Setiap orang pasti impikan tubuh badan yang sihat dan menarik. Masalah berat badan atau obesiti mungkin menjadi masalah buat anda yang ingin memiliki berat badan yang ideal, malah masalah akan bertambah parah apabila obesiti atau masalah berat badan yang anda hadapi di sertai dengan penyakit yang kronik seperti masalah jantung, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.

Apakah Obesiti ?

Obesiti dapat ditakrifkan sebagai seseorang yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Dalam erti kata lain, obesiti ialah badan yang tidak ideal dengan ketinggian. Jelas ? adakah anda seseorang yang ditakrifkan sebagai obesiti ? Jika YA!! anda dalam masalah besar, wajib cegah sebelum terlambat!

OBESITI 


Apa Punca Obesiti ?

Fenomena ini terjadi kerana sikap kita sendiri, boleh jadi faktor lain seperti keturunan dan pengambilan ubat-ubatan, salah satu punca yang menjadi berlakunya masalah berat badan atau obesiti adalah rakyat Malaysia lebih gemar makan makanan yang tidak seimbang dan mengamalkan corak kehidupan yang tidak sihat serta malas bersenam.

PEMAKANAN YANG TIDAK SIHAT PUNCA OBESITI




Apakah 5 Tanda Badan Anda Obesiti ?

1. Pakaian anda semakin ketat

Tanda badan anda obesiti adalah baju dan seluar yang anda pakai setiap hari semakin ketat dan buat anda tidak selesa bila memakainya.




2. Tubuh mudah penat dan lesu

Cepat merasa penat dan letih adalah antara tanda badan anda mengalami obesiti, lebihan berat badan bukan saja buat anda mudah penat tetapi akan memperlahankan pergerakan anda, peredaran darah juga menjadi lambat. Tindakan yang bijak adalah anda perlu mula merancang jadual diet anda.






3. Sakit lutut

Penambahan berat badan atau obesiti pada diri anda membuatkan lutut dan pergelangan kaki bekerja lebih keras. Sendi dan otot di kaki serta punggung boleh menjadi sakit malah, postur tubuh juga boleh berubah untuk jangka masa panjang.


                                                      




4. Tanggapan orang lain terhadap anda.


Petanda yang paling ketara adalah bila keluarga anda atau kenalan rapat anda mula menegur tentang berat badan anda. Jika anda mempunyai tanda obesiti ini anda harus bertindak dengan segera! anda perlu dapatkan nasihat dari pakar dan mulakan diet anda.






5. BMI anda tidak normal.

BMI digunakan untuk menentukan status berat badan seseorang, apakah seseorang itu mempunyai berat badan yang terlalu kurus, obesiti atau ideal. Anda boleh rujuk gambar di bawah untuk cara pengiraan BMI dan semak BMI anda.

CARA KIRA BMI



TAHAP BMI ANDA


Adakah anda mempunyai kesemua tanda di atas ? jangan biarkan masalah obesiti anda melarat! bertindak sekarang atau tidak selamanya..

JOM SAYA BANTU ANDA TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN CARA MUDAH DAN SELAMAT!

Antara perkara pertama yang muncul dalam pemikiran kita bila dilanda masalah obesiti atau kegemukan ialah dengan berdiet.. tapi.. sejauh mana diet anda berkesan ?

Jika diet anda masih tidak berkesan untuk turunkan berat badan anda saya cadangkan anda cuba 
SET KURUS SHAKLEE, vitamin semulajadi yang terbukti berkesan!

JOM SAYA BANTU ANDA! dengan SET KURUS SHAKLEE dan cara diet yang betul, terbukti berkesan! selamat!






SET KURUS SHAKLEE





Jom lihat TESTIMONI saya, sila klik TESTIMONI SAYA SENDIRI

TESTIMONI SAYA SENDIRI

Anda keliru dengan SET KURUS SHAKLEE yang terlalu banyak?

Anda berminat nak cuba SET KURUS SHAKLEE  untuk masalah obesiti anda ?

Dapatkan SET KURUS SHAKLEE ini sekarang dengan cadangan terbaik untuk anda dan mengikut bajet anda.

FREE KONSULTASI

 FREE TIPS KURUS DAN SIHAT

 WhatsApp
019-6554599
     MYRA







Friday 7 October 2016

CARA BELI SET KURUS LENGKAP SHAKLEE DAN PERCUMA VITAMIN


Assalammualaikum..w.bt. kepada semua pembaca blog Myra Sofea..
Saya doakan anda semua sihat dan diberikan kesihatan yang baik..


  Korang tahu tak bulan ni Shaklee ada buat promosi percuma vitamin untuk sesiapa yang daftar menjadi ahli! wahh untung betul siapa yang jadi ahli bulan Oktober ni dan satu lagi bulan ni jugak ada promosi Omega Guard Shaklee dan Vita-Lea For Children, dan korang tahu apa yang best sangat ni? hehe.. saya nak bagi peluang untuk anda yang nak turunkan berat badan dan yang dah lama teringin sangat nak cuba set kurus Shaklee tapi tak ada bajet yang mencukupi.

  Sebelum tu saya nak bagitahu macam mana nak dapatkan free vitamin bulan ni dengan daftar sebagai ahli.. mestilah ada syarat-syaratnya! tapi jangan risau.. syaratnya menguntungkan awak-awak semua yang masih belum jadi ahli Shaklee lagi, masa saya jadi ahli Shaklee dulu tak ada pun free vitamin, sedih betul.. sob! sob! okay.. free vitamin tersebut adalah Lecithin dan Vitamin C! fuhh 2 vitamin yang best sangat! 

  Okay cara nak dapatkan vitamin best ni ada 2 cara:
FREE VITAMIN C (RM 92.50)
FREE LECITHIN (RM 52.50)
Pertama: Free Lecithin (RM 52.50)
Anda daftar sebagai ahli (RM 69.90) dan buat belian minima RM 350

Kedua: Free VItamin C (RM 92.50)
Anda buat belian minima RM 660
Auto Free membership! dan dapat bonus money cash back 5%


PROMOSI UNTUK FREE VITAMIN C BAGI AHLI BARU SAH SEHINGGA 15 OCT SAHAJA!

PROMOSI FREE VITAMIN UNTUK AHLI BARU
PROMOSI UNTUK OMEGA GUARD DAN VITA-LEA FOR CHILDREN SEHINGGA BERAKHIR BULAN OKTOBER!
PROMOSI !!!
BUY 6 FREE 1
BUY 2 LESS 5%
BUY 1 SPECIAL PRICE!
BUY 3 FREE 1
BUY 1 SPECIAL PRICE!!


Okay bagi anda yang nak dapatkan SET KURUS LENGKAP SHAKLEE dengan harga yang terbaik adalah dengan cara daftar terus sebagai ahli dan terus dapatkan harga promosi Omega Guard Shaklee yang terdapat dalam SET KURUS LENGKAP SHAKLEE dan bila anda daftar sebagai ahli kemudian anda dapatkan SET KURUS LENGKAP SHAKLEE apa yang boleh menjimatkan anda?


Pertama- anda daftar ahli (RM 69.90) 

Kedua- anda beli SET KURUS LENGKAP SHAKLEE (dengan harga ahli)

Ketiga- bila anda beli SET KURUS SHAKLEE automatik anda dapat percuma Lecithin yang terdapat dalam SET KURUS SHAKLEE so, dah jimat kat situ (tak perlu bayar untuk lecithin)

Keempat- selepas anda menjadi ahli anda dapat beli Omega Guard Shaklee yang terdapat dalam SET KURUS LENGKAP SHAKLEE dengan harga promosi! kerana bulan Oktober adalah promosi Omega Guard Shaklee! (omega antara SET KURUS LENGKAP SHAKLEE)

Kelima- anda dapat free tips kurus dari saya!
SET KURUS LENGKAP SHAKLEE
fuhh! letih cerita.. amacam ? Best ke Best ? super duper jimat sangat! bukan jimat dah terlebih jimat dah ni.. rugi tau sapa tak ambik pakej bulan ni. Bulan ni Shaklee baik sangat! hihi..



BERMINAT UNTUK DAPATKAN VITAMIN PERCUMA DAN SET KURUS LENGKAP SHAKLEE ?

>FREE TIPS KURUS
>FREE KONSULTASI VITAMIN
>FREE GIFT UNTUK 5 ORANG YANG TERAWAL!

Anda boleh hubungi saya (Pengedar Shaklee Kedah)
Myra
WhassApp: 019-6554599
FB: Shamira Nasir
IG: myra_sofea94
TESTIMONI DIRI SENDIRI
SAYA PENGGUNA SET KURUS SHAKLEE


















Thursday 6 October 2016

OMEGA GUARD SHAKLEE

Assalammualaikum.. w.b.t kepada semua pembaca blog Myra Sofea..

OMEGA GUARD SHAKLEE
Hari ni nak review satu produk dari Shaklee yang best sangat! kenapa saya cakap best? Jom baca tentang produk ni.. produk apa? haa.. ni nak review! Omega Guard nama diberi! dan sudah semestinya dari Shaklee.. I love Shaklee!

Keistimewaan Omega Guard Shaklee

Friend Of Sea
  Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan yang terbaik di dunia! haa.. di dunia tau.. kalau kat Malaysia? kat tempat keja? kat rumah? lagilah yang terbaik! boleh tayang kat jiran sebelah umah.. cakap kat dia saya ada minyak ikan terbaik di dunia! awak ada ? kalau takda suruh order dengan saya, hihi.. Korang tau tak minyak ikan yang terdapat dalam omega guard diiktiraf oleh 'Friend of Sea' iaitu sebuah organisasi pemuliharaan antarabangsa yang mengawal dan menetapkan kriteria yang ketat. 'Friend of Sea' menjejaki populasi ikan dan kerja-kerja dengan nelayan untuk menetapkan had tangkapan serta mengelakkan tangkapan semasa musim pembiakan. Usaha mereka membantu adalah untuk memastikan bekalan berterusan di samping mengekalkan minyak ikan yang berkualiti tinggi untuk produk Shaklee tanpa merosakkan alam sekitar. Kualiti jaga.. alam sekitar pun jaga! dahsyat produk Shaklee ni.. awak ? makan choki-choki pun buang merata.. hehe!

Perbezaan Shaklee

 Korang tau tak perbezaan yang ada pada Omega Guard Shaklee tiada pada produk lain! Apa yang berbeza sangat tu ? jom baca!

~ Omega Guard dihasilkan melalui kaedah ultratulen bergred farmaseutikal iaitu teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Kebanyakan pengusaha kilang lain menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan-kesan (nutrien musnah malah tidak boleh menapis kandungan logam yang berbahaya). Shaklee menghasilkan minyak ikan melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya- plumbum, merkuri, arsenik, kadmium (merupakan bahan kimia yang sangat bertoksik)

~ Omega Guard diekstark dari ikan laut sejuk seperti Sardin, Mackerel, Herring, Anchovies di perairan negara Jepun dan ia bukan dari hati minyak ikan kerana kandungan toksik di hati sangat tinggi, dan kalau anda selalu buat research ikan yang Shaklee pilih merupakan ikan yang rendah tahap mercuri.

~ Omega Guard  merupakan minyak ikan yang lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega-3 yang diperlukan oleh badan iaitu DHA, EPA, HPA, ETA, SDA, DPA. Badan kita tak mampu hasilkan asid lemak jadi kita perlu dapatkan dari sumber lain seperti makanan atau dari Omega Guard Shaklee yang sudah semestinya lengkap dengan 7 asid lemak.

APAKAH MANFAAT UTAMA OMEGA GUARD SHAKLEE?
Lihat! inilah salur darah kita

1. Mencegah penyakit saluran darah dan strok - DHA dan EPA boleh menentang thrombosis-melincirkan saluran darah-merendahkan kolestrol dan menghindar pembekuan darah dalam badan-mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher atau sakit kepala.

2. Asid Lemak - omega-3 asid lemak yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita dan kita perlu dapatkan dari sumber makanan atau suplement- omega-3 dari sumber tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada DHA dan EPA secara berkesan oleh badan-omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang protetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos-boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS-bagi kulit licin dan kemerah-merahan.

3. Membantu tumbesaran @ perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori- DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina- ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa dalam kandungan- DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran (mencegah alzheimer)- memelihara penglihatan dan pendengaran (cegah magrain)-satu hidangan omega guard membekalkan 905mg asid-asid lemak omega-3 EPA dan DHA.

4. Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru - mengawal sistem imun seperti membaiki alahan kulit seperti, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pimggang.

5. Menentang cancer - Kajian telah menunjukkan bahawa omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon- meningkatkan enterogastritis-meransang kesihatan hati selepas pembedahan- membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan baik.

6. Memelihara fungsi-fungsi sendi - paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan-mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan.

Mencegah tekanan dan kemurungan
7. Mencegah Insomnia dan membantu mengurangkan tekanan - EPA dan DHA  mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental- menghindar dari penyakit kemurungan, tekanan, kebimbangan, neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan schizophrenia.










SIAPA PERLUKAN OMEGA GUARD SHAKLEE ?

> Orang yang ingin kuruskan badan- omega-3 asid lemak bertindak sebagai agen pembakar lemak yang berkesan.

> Pesakit radang/sakit sendi (arthritis)- mengandungi DHA dan EPA yang mengurangkan keradangan sendi-mengurangkan tindakbalas enzime yang menyebabkan penghakisan cartilage (tulang rawan antara sendi)

>Penghidap asthma/resdung/ekszema- bertindak sebagai anti-inflammatori yang mengurangkan keradangan dan simptom alergi lain.

>Pesakit jantung/darah tinggi/kolestrol tinggi dan mereka yang ingin mencegah- omega guard kurangkan paras kolestrol dalam darah dan bantu kekalkan tekanan darah yang normal.

>Ibu hamil/menyusu- Ibu hamil dan menyusu yang mengambil Omega Guard akan menyalurkannya kepada si bayi- meransang perkembangan otak dan membantu komunikasi antara satu sel dengan sel yang lain malah ia juga baik untuk memori.

Kanak-kanak yang sedang membesar
>Kanak-kanak yang sedang membesar/belajar- meransang ketajaman otak dan menguatkan daya ingatan (memori)




Berita baik ! bulan oktober ada promosi Omega Guard! promosi  sah sehingga 31 Oktober 2016!

Berminat untuk dapatkan Omega Guard Shaklee dan percuma konsultasi nutrisi ?

Hubungi saya:
Myra ( Pengedar Shaklee Kedah)
Facebook: Shamira Nasir
Instagram: myra_sofea94
WhassApp: 019-6554599

Sunday 2 October 2016

KISAH BUDAK GEMUK JATUH CINTA DENGAN SHAKLEE

Assalammualaikum wbt, kepada semua pembaca blog Myra Sofea..

Harini saya nak share satu cerita macam mana pertama kali saya kenal Shaklee..

Al-kisahnya bermula.. jeng-jengg!! hehe.. saya kenal Shaklee pada tahun lepas iaitu tahun 2015, masa tahun 2015 tu.. saya baru berumur 21 tahun, tapi..?? haa.. ni nak cerita ni, tadi panjang-panjang tu intro jer, sebab cikgu BM ajar nak tulis kisah kena ada intro, hehehe ! masa saya berumur 21 tahun, haishh.. macam lama sangat kan, tahun lepas jer, tahun ni saya baru 22.
Baru 21 ?? tapi saya mengalami masalah berat badan yang sangat 'berat' eh ! maksud saya bayangkan anak dara lain umur 21 pinggang ramping macam kerengga! kulit halus mulus! gebu gebas! saya pulak OBESITI ! dan berat saya pernah cecah 80 KG!! dengan ketinggian 150 CM dah lah ketod ! gemuk pulak tu.. adoi.. masalah betul.. boleh bayangkan tak macam mana rupanya. Gemuk pendek weyh!

budak gemuk pendek!
Sebenarnya saya mengalami masalah berat badan yang berlebihan sejak dari zaman sekolah lagi, bermula pada umur 15 tahun iaitu semasa saya berada di tingkatan 3 berat saya semakin hari semakin bertambah, saya dah cuba kawal pemakanan saya tapi.. lagi menjadi-jadi pulak selera saya,. dan saya pernah cuba diet untuk tidak makan nasi.. salah tu ! nak kurus dengan sihat wajib makan nasi.. nak tau apa sebabnya nanti saya cerita di hari lain yer.. hehe.. masa tu ilmu memang zero tentang cara diet yang betul. Masalah saya tidak berakhir di situ, ianya berlanjutan sepanjang zaman persekolahan saya. Tahu apa yang berlaku bila berat badan saya berlebihan? banyak sangat masalah yang saya hadapi.. yang amat merunsingkan saya adalah, haid saya menjadi tidak teratur kalau bahasa saya GELONG!! dan semakin parah lagi saya terpaksa dirujuk kepada Pakar Sakit Puan.. masa tu saya rimas sangat! dah lah tak khawin lagi. pastu tunggu giliran dengan ibu-ibu mengandung nak scan perut, diorang yer lah scan baby.. saya ?? scan nak tengok sama ada terdapat ketulan atau sebarang kanser dalam perut saya.. dah dirujuk kepada pakar puan terpaksalah.. tak kisah lah. saya redho... hehe !

Selepas masalah period tak stabil, datang pulak masalah lain, bila saya disahkan oleh doktor kena penyakit 'fistula in ano' yang tu jer saya ingat apa yang doktor cakap kalau korang nak tau google lah yer.. jangan muntah pulak lepas tengok.. jangan cakap saya tak warning! dah kena yang tu terpaksa lah saya dibedah.. masa ditolak dalam dewan bedah tu hanya Allah jer yang tau perasaan saya, yelah budak sekolah lagi, takut sangat sampai tekanan darah naik kot! hahaha..

Setelah melalui kehidupan sebagai seorang obesiti, saya masih belum 'insaf' dan masih mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat, kononnya bahagialah hidup senang lenang, habiskan duit dengan makan, makan dan makan! tapi pada hakikatnya bila saya berdiri depan cermin dan lihat diri saya yang semakin gemuk, jauh di sudut hati saya, sebenarnya saya sedih.. sangat sedih dengan diri saya sendiri, obesiti saya tu sampai satu tahap saya nak duduk solat pun dah lenguh, nak solat pun termengah-mengah, kadang tu buatkan saya jadi pemalas, malas nak buat apa pun! dan saya sedar rasa bahagia dengan diri yang gemuk sangat hanyalah untuk sedapkan hati sendiri, sedangkan
hakikat sebenar, saya cemburu tengok kawan-kawan saya yang kurus dan cantik.. bila tengok orang lain boleh sarung baju cantik-cantik saya cuma mampu menangis tepi bucu katil jelah.. kalau pakai mestilah macam sarung nangka kan ? hahaha..

SET SLIMMING SHAKLEE yang saya ambik
Setelah saya insaf, saya tak putus asa cari jalan untuk turunkan berat badan sehinggalah saya terdetik sendiri nak cuba produk Shaklee, sebelum saya kenal produk Shaklee saya selalu google produk-produk untuk kuruskan badan, banyak jugak yang saya jumpa tentang Shaklee, apa benda lah Shaklee ni.. dan kebetulan pakcik saya buat bisnes Shaklee, time tu tak cakap banyak dah.. terus order set kurus, super set! fullset! tak nak biasa-biasa okay nak kurus punya pasal, time tu ketaksuban saya untuk kurus sangatlah tinggi,
masa cuba Shaklee tu saya tak pernah fikir pun macam orang lain fikir, kesan sampingan ke? apa benda ka.. sebab masa tu saya memang target untuk kurus, tapi Alhamdulillah.. saya dipertemukan dengan produk yang betul.. iaitu produk yang SELAMAT! SEMULAJADI! dan yang penting BERKESAN! dalam masa yang sama saya juga join N.E.C.K yang diperkenalkan kepada saya oleh upline Shaklee saya iaitu kak Affni Shahida,korang tak kenal pun.. xpa nanti saya kenalkan, tau tak N.E.C.K (NowEveryoneCanKurus) ni.. awesome giler !! 2 minggu saya dalam neck saya lost 5kg.. saya ulang! 5kg okay.. dan saya antara peserta yang lost paling banyak masa di batch 2.. hahaha.. syok sorang-sorang! dan total saya lost masa join neck adalah 15 kg! dalam masa 100 hari.. not bad la kan.. hehehe.. dan selepas saya kenal Shaklee terus saya jatuh cinta.. misi saya sekarang saya nak Shakleekan family saya.

Tamat sudah, kisah saya yang panjang lebar ni.. terima kasih pada yang sudi singgah di blog Myra Sofea.. saya doakan anda yang baca kisah saya dikurniakan kesihatan yang baik.
Gambar terkini ! baru je ambik tadi masa nak workout.. gambar sengaja dihitamkan, haha !
RESULT JOIN NECK tahun lepas
GAMBAR TERKINI 2016

Saturday 1 October 2016

APA ERTI DIET PADA ANDA ?

Apa erti diet pada anda?
====================
.
Betul ke diet tu kena tahan lapar?
Kalau tak diet nanti gemok? Kalau tahan lapar confirm kurus?
Ehh! Eh.. betul ke?
Selalu sngt kalau kita tanya orang yang kononya ‘diet’, kenapa tak makan nasi? Diorang jawab, ‘saya dietlah’ siapa cakap kalau nak kurus tak boleh makan nasi?
Betul ke kurus kalau tak makan nasi? Confirm ke??
.
Kebanyakkan daripada kita menganggap istilah diet “tak boleh makan sebab nak kuruskan badan”
.
Tahukan anda maksud diet yang sebenarnya adalah sesuatu pilihan makanan, yang dipilih atau ditentukan khas untuk meningkatkan atau memperbaiki keadaan kesihatan seseorang atau untuk menghalang atau merawat penyakit, contoh diet rendah gula untuk mencegah atau mengawal penyakit diabetes.
.
Jadi apa alasan anda untuk tidak makan?
Itulah pentingnya diet dengan ilmu, nak buat apa pun kena ada ilmu, sebab tu dalam program NECK kami di guide untuk makan 5x sehari dengan pemilihn makanan yang sihat dan seimbang, jangan takut kalau tak tahu bagaimana nak pilih makanan yang seimbang, dalam NECK kita ada crew dan coach yang sentiasa pantau pemilihan pemakanan kita.
.
Jadi kesimpulannya nak kurus kena makan!
✔Makan 5x sehari
✔wajib makan nasi.
Macam mana makan 5x sehari? Jom sertai program NECK bersama kami, jangan risau kami tak paksa anda makan benda yang pelik, kami tak marah anda makan nasi, hihi..
.
Berminat??
Hubungi saya agen NECK anda.
Myra- 019-655-4599
Saya doakan anda kurus dan sihat!

Wednesday 28 September 2016

GULA PUNCA GEMUK ?


 Gula.. dengar jer pasal gula mesti semua dah terbayang benda manis-manis kan? Tapi.. sedar tak yang sebenarnya gula adalah punca berat badan anda tak turun! haaa... haish tu mula lah tu terkejut beruk, mulalah.. eh betul ke dia ni ? hehehe.. hmm.. macam mana berat nak turun ?? bangun pagi jer sarapan air milo + gula, bukannya tak boleh ambil gula lansung tapi dalam milo tu sendiri sebenarnya dah ada gula lepastu anda tambah lagi gula.. perhh ! tengahari sikit pulak maklum lah cuaca tengah panas dah satu gelas sirap bandung.. adoi.. macam mana nak kurus ni ? hehe.. entah dalam masa sehari berapa banyak gula dah masuk dalam badan anda, lepas tu.. mulalah teliti badan depan cermin mengeluh sorang-sorang, kenapalah berat aku tak turun-turun.. makan dah kontrol.. kontrol cmna tu ? eh ! hihi.. skip makan la tue.. diet lah konon.. orang makan 5x sehari awak makan sehari sekali jer, mana nak kurus.. workout dah buat. tak kurus jugak, yelah awak workout sebulan sekali, lepas workout lepak mamak, haha ! macam mana nak kurus ni ?

  Okaylah kembali kepada gula, tahukah anda gula tidak mempunyai sebarang khasiat dan menghalang kemasukan makanan yang padat dengan khasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan anda. Apabila anda memulakan pagi anda dengan teh tarik atau donut anda terlepas peluang untuk makan (kerana tidak dapat masuk) makanan yang padat dengan khasiat seperti telur. Bukan itu sahaja, gula juga tidak membuatkan anda rasa kenyang malah akan buat anda berasa sentiasa lapar, lapar dan lapar. Sebab itulah semasa kita menjalani proses menurunkan berat badan kita tidak digalakkan mengambil gula secara berlebihan. Ada yang tanya kalau tak ambil gula nanti paras gula rendah datang penyakit lain plak. ehh.. ahaha.. kan dalam nasi ada gula ? dalam buah-buahan ada gula ?. Selain itu, pengambilan gula yang berlebihan juga akan menyebabkan paras "gula darah" anda terkeluar dari tahap normal yang sihat dan menyebabkan paras insulin naik dan turun secara mendadak, biasanya dirujuk sebagai "high-glycemic rollercoaster" dimana ia membuatkan anda merasa lebih lapar, mempunyai perubahan mood yang ketara (mood swing), menyimpan lebihan lemak, dan lebih buruk lagi membawa kepada sindrom metabolik (atau pra-diabates) malahan diabetes tahap 2.

  Jadi, kalau anda rasa anda dah diet dah workout sehabis baik tapi berat masih susah nak turun, boleh semak semula pemakanan anda, mungkin gula ! dan satu lagi kajian ada menunjukkan bahawa tubuh badan akan membakar gula dahulu daripada lemak, selagi badan masih ada kandungan gula ia akan membakar gula terus menerus dan malangnya keupayaan badan untuk membakar adalah rendah. Dengan kata lain, gula yang tidak sempat dibakar akan disimpan sebagai lemak dan lemak yang ada dalam badan anda akan semakin bertambah.. fuhh ngeri kan ?. Kesimpulannya nak kurus kenalah kurangkan gula dalam kehidupan seharian anda. Faham ke Faham ? Kalau tak faham saya nasihatkan anda join Program N.E.C.K  confirm kurus dan sihat..
Saya doakan anda yang baca blog saya kurus dan sihat In Sha Allah !