Wednesday 28 September 2016

GULA PUNCA GEMUK ?


 Gula.. dengar jer pasal gula mesti semua dah terbayang benda manis-manis kan? Tapi.. sedar tak yang sebenarnya gula adalah punca berat badan anda tak turun! haaa... haish tu mula lah tu terkejut beruk, mulalah.. eh betul ke dia ni ? hehehe.. hmm.. macam mana berat nak turun ?? bangun pagi jer sarapan air milo + gula, bukannya tak boleh ambil gula lansung tapi dalam milo tu sendiri sebenarnya dah ada gula lepastu anda tambah lagi gula.. perhh ! tengahari sikit pulak maklum lah cuaca tengah panas dah satu gelas sirap bandung.. adoi.. macam mana nak kurus ni ? hehe.. entah dalam masa sehari berapa banyak gula dah masuk dalam badan anda, lepas tu.. mulalah teliti badan depan cermin mengeluh sorang-sorang, kenapalah berat aku tak turun-turun.. makan dah kontrol.. kontrol cmna tu ? eh ! hihi.. skip makan la tue.. diet lah konon.. orang makan 5x sehari awak makan sehari sekali jer, mana nak kurus.. workout dah buat. tak kurus jugak, yelah awak workout sebulan sekali, lepas workout lepak mamak, haha ! macam mana nak kurus ni ?

  Okaylah kembali kepada gula, tahukah anda gula tidak mempunyai sebarang khasiat dan menghalang kemasukan makanan yang padat dengan khasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan anda. Apabila anda memulakan pagi anda dengan teh tarik atau donut anda terlepas peluang untuk makan (kerana tidak dapat masuk) makanan yang padat dengan khasiat seperti telur. Bukan itu sahaja, gula juga tidak membuatkan anda rasa kenyang malah akan buat anda berasa sentiasa lapar, lapar dan lapar. Sebab itulah semasa kita menjalani proses menurunkan berat badan kita tidak digalakkan mengambil gula secara berlebihan. Ada yang tanya kalau tak ambil gula nanti paras gula rendah datang penyakit lain plak. ehh.. ahaha.. kan dalam nasi ada gula ? dalam buah-buahan ada gula ?. Selain itu, pengambilan gula yang berlebihan juga akan menyebabkan paras "gula darah" anda terkeluar dari tahap normal yang sihat dan menyebabkan paras insulin naik dan turun secara mendadak, biasanya dirujuk sebagai "high-glycemic rollercoaster" dimana ia membuatkan anda merasa lebih lapar, mempunyai perubahan mood yang ketara (mood swing), menyimpan lebihan lemak, dan lebih buruk lagi membawa kepada sindrom metabolik (atau pra-diabates) malahan diabetes tahap 2.

  Jadi, kalau anda rasa anda dah diet dah workout sehabis baik tapi berat masih susah nak turun, boleh semak semula pemakanan anda, mungkin gula ! dan satu lagi kajian ada menunjukkan bahawa tubuh badan akan membakar gula dahulu daripada lemak, selagi badan masih ada kandungan gula ia akan membakar gula terus menerus dan malangnya keupayaan badan untuk membakar adalah rendah. Dengan kata lain, gula yang tidak sempat dibakar akan disimpan sebagai lemak dan lemak yang ada dalam badan anda akan semakin bertambah.. fuhh ngeri kan ?. Kesimpulannya nak kurus kenalah kurangkan gula dalam kehidupan seharian anda. Faham ke Faham ? Kalau tak faham saya nasihatkan anda join Program N.E.C.K  confirm kurus dan sihat..
Saya doakan anda yang baca blog saya kurus dan sihat In Sha Allah !