Friday 4 January 2019

Punca Radikal Bebas


Assalammualaikum dan Selamat sejahtera semua. 

Kebiasaanya kita selalu dengan tentang radikal bebas dari surat khabar, majalah kesihatan, media sosial dan sebagainya. Tapi, pernah tak kita ambil tahu dan fahamkan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan radikal bebas. Tahu tak, kebanyakan punca penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan lain-lain berpunca daripada radikal bebas.



Sebelum kita kenal tentang radikal bebas, saya nak terangkan tentang punca yang menyebabkan radikal bebas berlaku, tanpa kita sedar puncanya berada disekeliling kita. Contohnya:


Asap rokok




Kebanyakan drugs



Alcohol


Sinaran matahari




Baja kimia seperti racun serangga, racun rumpai dan sisa industri




Radikal bebas secara dasarnya hasil proses yang semulajadi berlaku dalam tubuh kita, contohnya dalam metabolisma dan juga sengaja dihasilkan oleh sistem imun tubuh untuk menyerang virus dan bakteria. Proses pengoksidaan dalam tubuh manusia ini bagaimanapun memusnahkan struktur sel. Apabila pengoksidaan yang melibatkan metabolisme oksigen ini berlaku, sebahagian radikal bebas terhasil.

Sebenarnya tubuh kita mampu melawan radikal bebas ini melalui pemakanan hari-hari. Namun, apabila tubuh kita tidak dapat antioksidan pada jumlah yang cukup, banyak radikal bebas yang menyerang tubuh kita melebihi keupayaan tubuh untuk meneutralkannya. Apa yang lebih parah kerosakan besar-besaran akan berlaku pada sel dan tisu.

Jadi kesimpulanya, makanlah makanan sihat sentiasa untuk cukupkan nutrisi dalam badan terutamanya antioksidan. Setakat ini sahaja tentang punca radikal bebas, nanti saya akan ulas lagi ya. Terima kasih sudi singgah di blog saya.




No comments:

Post a Comment