Saturday 5 January 2019

Kesan Radikal Bebas Pada Tubuh

Assalammualaikum dan Selamat sejahtera semua.




Secara ringkas definisi radikal bebas:




Radikal bebas ialah " molekul yang tak memiliki cas ( kebiasaannya sangat reaktif dan pendek) serta tak memiliki pasangan elektron valance"

- merupakan sejenis oksigen dan nitrogen yang reaktif dan dijanakan oleh tubuh badan kita melalui pelbagai proses dalaman, pendedahan kepada keadaan psikokimia dan keadaan patologi.

- tubuh badan kita menghasilkan radikal bebas akibat tindak balas sel, metabolisme makanan, pernafasan dan juga fungsi-fungsi yang lain.

- hati menghasilkan dan menggunakan radikal bebas ini untuk proses detoksifikasi, manakala sel darah putih akan menghantar radikal bebas ini untuk memusnahkan bakteria, virus dan sel yang telah rosak.

Mengapa radikal bebas berbahaya?

Menurut Doktor Stephen Byrnes, radikal bebas merupakan molekul-molekul yang tak stabil, bermakna ia sering kali mencari kompenen kimia daripada sel yang lain namun dalam masa yang sama ia sendiri tak memilikinya.

- Elektron wujud secara berpasangan manakala radikal bebas pula kehilangan satu elektron. Ini merupakan senjata baginya : ia akan bertindak balas apa sahaja yang ia temui, merompak sel serta sebatian bagi salah satu daripada elektron sel tersebut menyebabkan sel yang dirompak tak dapat berfungsi dengan normal dan akhirnya mencari sel yang lain semula sehingga wujudnya satu rantaian tindak balas dalam tubuh badan dan akhirnya kandungan radikal bebas pun bertambah. Sistem imun pula menjadi tidak mampu mengawal dan mengatasi keaadaa ini sehingga menyebabkan kemusnahan sel-sel dan tisu-tisu yang sihat.

- Kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas dikenali sebagai pengoksidaan ( proses yang sama berlaku kepada buah epal yang bertukar kepada warna coklat dan pengaratan logam)



- Jumlah pengoksidaan dalam badan diukur dengan tekanan oksidatif-tekanan oksidatif yang tinggi mampu merosakkan organ dalaman dan menyumbang kepada penyakit yang membunuh seperti sakit jantung dan kanser.



Sejujurnya agak menakutkan bila dah tahu kesan radikal bebas pada tubuh kita, tetapi tahukah anda antioksidan mampu melawan radikal bebas. Antioksidan ini mendermakan satu eloktron kepada radikal bebas untuk 'menenangkan' mereka.

Antioksidan ni apa pulak? nanti saya share yer.. 

Boleh follow fb saya : Shamira Nasir











1 comment:

  1. Caesars Casino & Hotel - Jackson County - KTHub
    Explore our 충주 출장마사지 selection of the hottest and newest slot machines in Jackson 안성 출장안마 County, Mississippi. Visit the store 나주 출장샵 to see 전라북도 출장안마 what you 안동 출장마사지 can

    ReplyDelete