Sunday 2 October 2016

KISAH BUDAK GEMUK JATUH CINTA DENGAN SHAKLEE

Assalammualaikum wbt, kepada semua pembaca blog Myra Sofea..

Harini saya nak share satu cerita macam mana pertama kali saya kenal Shaklee..

Al-kisahnya bermula.. jeng-jengg!! hehe.. saya kenal Shaklee pada tahun lepas iaitu tahun 2015, masa tahun 2015 tu.. saya baru berumur 21 tahun, tapi..?? haa.. ni nak cerita ni, tadi panjang-panjang tu intro jer, sebab cikgu BM ajar nak tulis kisah kena ada intro, hehehe ! masa saya berumur 21 tahun, haishh.. macam lama sangat kan, tahun lepas jer, tahun ni saya baru 22.
Baru 21 ?? tapi saya mengalami masalah berat badan yang sangat 'berat' eh ! maksud saya bayangkan anak dara lain umur 21 pinggang ramping macam kerengga! kulit halus mulus! gebu gebas! saya pulak OBESITI ! dan berat saya pernah cecah 80 KG!! dengan ketinggian 150 CM dah lah ketod ! gemuk pulak tu.. adoi.. masalah betul.. boleh bayangkan tak macam mana rupanya. Gemuk pendek weyh!

budak gemuk pendek!
Sebenarnya saya mengalami masalah berat badan yang berlebihan sejak dari zaman sekolah lagi, bermula pada umur 15 tahun iaitu semasa saya berada di tingkatan 3 berat saya semakin hari semakin bertambah, saya dah cuba kawal pemakanan saya tapi.. lagi menjadi-jadi pulak selera saya,. dan saya pernah cuba diet untuk tidak makan nasi.. salah tu ! nak kurus dengan sihat wajib makan nasi.. nak tau apa sebabnya nanti saya cerita di hari lain yer.. hehe.. masa tu ilmu memang zero tentang cara diet yang betul. Masalah saya tidak berakhir di situ, ianya berlanjutan sepanjang zaman persekolahan saya. Tahu apa yang berlaku bila berat badan saya berlebihan? banyak sangat masalah yang saya hadapi.. yang amat merunsingkan saya adalah, haid saya menjadi tidak teratur kalau bahasa saya GELONG!! dan semakin parah lagi saya terpaksa dirujuk kepada Pakar Sakit Puan.. masa tu saya rimas sangat! dah lah tak khawin lagi. pastu tunggu giliran dengan ibu-ibu mengandung nak scan perut, diorang yer lah scan baby.. saya ?? scan nak tengok sama ada terdapat ketulan atau sebarang kanser dalam perut saya.. dah dirujuk kepada pakar puan terpaksalah.. tak kisah lah. saya redho... hehe !

Selepas masalah period tak stabil, datang pulak masalah lain, bila saya disahkan oleh doktor kena penyakit 'fistula in ano' yang tu jer saya ingat apa yang doktor cakap kalau korang nak tau google lah yer.. jangan muntah pulak lepas tengok.. jangan cakap saya tak warning! dah kena yang tu terpaksa lah saya dibedah.. masa ditolak dalam dewan bedah tu hanya Allah jer yang tau perasaan saya, yelah budak sekolah lagi, takut sangat sampai tekanan darah naik kot! hahaha..

Setelah melalui kehidupan sebagai seorang obesiti, saya masih belum 'insaf' dan masih mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat, kononnya bahagialah hidup senang lenang, habiskan duit dengan makan, makan dan makan! tapi pada hakikatnya bila saya berdiri depan cermin dan lihat diri saya yang semakin gemuk, jauh di sudut hati saya, sebenarnya saya sedih.. sangat sedih dengan diri saya sendiri, obesiti saya tu sampai satu tahap saya nak duduk solat pun dah lenguh, nak solat pun termengah-mengah, kadang tu buatkan saya jadi pemalas, malas nak buat apa pun! dan saya sedar rasa bahagia dengan diri yang gemuk sangat hanyalah untuk sedapkan hati sendiri, sedangkan
hakikat sebenar, saya cemburu tengok kawan-kawan saya yang kurus dan cantik.. bila tengok orang lain boleh sarung baju cantik-cantik saya cuma mampu menangis tepi bucu katil jelah.. kalau pakai mestilah macam sarung nangka kan ? hahaha..

SET SLIMMING SHAKLEE yang saya ambik
Setelah saya insaf, saya tak putus asa cari jalan untuk turunkan berat badan sehinggalah saya terdetik sendiri nak cuba produk Shaklee, sebelum saya kenal produk Shaklee saya selalu google produk-produk untuk kuruskan badan, banyak jugak yang saya jumpa tentang Shaklee, apa benda lah Shaklee ni.. dan kebetulan pakcik saya buat bisnes Shaklee, time tu tak cakap banyak dah.. terus order set kurus, super set! fullset! tak nak biasa-biasa okay nak kurus punya pasal, time tu ketaksuban saya untuk kurus sangatlah tinggi,
masa cuba Shaklee tu saya tak pernah fikir pun macam orang lain fikir, kesan sampingan ke? apa benda ka.. sebab masa tu saya memang target untuk kurus, tapi Alhamdulillah.. saya dipertemukan dengan produk yang betul.. iaitu produk yang SELAMAT! SEMULAJADI! dan yang penting BERKESAN! dalam masa yang sama saya juga join N.E.C.K yang diperkenalkan kepada saya oleh upline Shaklee saya iaitu kak Affni Shahida,korang tak kenal pun.. xpa nanti saya kenalkan, tau tak N.E.C.K (NowEveryoneCanKurus) ni.. awesome giler !! 2 minggu saya dalam neck saya lost 5kg.. saya ulang! 5kg okay.. dan saya antara peserta yang lost paling banyak masa di batch 2.. hahaha.. syok sorang-sorang! dan total saya lost masa join neck adalah 15 kg! dalam masa 100 hari.. not bad la kan.. hehehe.. dan selepas saya kenal Shaklee terus saya jatuh cinta.. misi saya sekarang saya nak Shakleekan family saya.

Tamat sudah, kisah saya yang panjang lebar ni.. terima kasih pada yang sudi singgah di blog Myra Sofea.. saya doakan anda yang baca kisah saya dikurniakan kesihatan yang baik.
Gambar terkini ! baru je ambik tadi masa nak workout.. gambar sengaja dihitamkan, haha !
RESULT JOIN NECK tahun lepas
GAMBAR TERKINI 2016

No comments:

Post a Comment