Assalammualaikum & Salam sejahtera..
Apa khabar semua? Dah lama saya tak update blog dah jadi
sarang labah-labah blog ni, hihi..
Saat Magika Bersama The Walking Beauty (TWB) fuhh.. saat yang tak mungkin dapat saya lupakan.
Sejujurnya inilah kisah saya sehinggalah saya bertemu dengan saat ‘magik’ saya.
Sebenarnya saya dah lama teringin nak join TWB, semuanya
bermula bila posting MAS asyik muncul jer, saya pun tak tahu kenapa setiap kali
bukak Facebook post MAS yang keluar dulu.. kuat betul auranya membuatkan
keinginan saya lebih membuak-buak tapi saya simpan jer dalam hati. Hihi..
Sejak daripada itu, saya jadi tertarik dengan semua
kisah-kisah inspirasi yang dikongsikan oleh MAS. Dan.. dipendekkan cerita
selepas hampir 2 bulan saya menyepi dari mentor saya disebabkan masalah
kesihatan, tambahan pulak telefon saya rosak. Selepas daripada itu, saya buat
‘comeback’ perlahan-lahan sebenarnya banyak kali jadi tapi kali ni saya buat
dengan satu harapan dan impian yang membara.
Nak dijadikan cerita, pada suatu hari tu.. mentor saya post
di group bisnes kami tentang training TWB, masa tu terus saya buat keputusan
untuk jumpa dengan beliau. Dalam hati dah pasang niat untuk meluahkan hasrat
saya ingin menyertai TWB. Pada waktu tu saya Cuma beritahu beliau nak buat personal
coaching pasal bisnes Shaklee sebab nak buat ‘comeback’.
Alhamduillah niat saya diterima baik, saya buat keputusan
untuk join kelas TWB pada 25 Mac 2018 di Bangi walaupun hakikatnya masa tu saya
tak ada modal dalam simpanan saya walaupun Rm100, maklumlah saya tidak bekerja
dan hanya mengharapkan suami semata-mata.
Dalam keadaan tak ada modal, saat itulah saya betul-betul
berserah dan bergantung pada Allah, saya redah jer.. saya ulang SAYA REDAH
TANPA fikir panjang. Sebab saya yakin Allah akan bantu saya. Setiap hari saya
akan positifkan diri saya dengan ayat ‘Antara tanda Allah nak beri kita sesuatu
adalah dengan gerakkan bibir kita untuk meminta’ dan setiap hari saya tak
pernah ‘miss’ berdoa mintak duit pada Allah saya tak mintak pada sesiapa waktu
tu, saya mintak pada Allah dulu.
Beberapa hari berlalu… dan tarikh training TWB semakin
dekat, lebih kurang lagi 5 hari training TWB dalam tangan saya masih kosong Youth pun tak beli lagi. Dalam kepala dah risau macam-macam 'alamak!! macam mana kalau Youth habis?' 'macam mana kalau tak dapat cari duit?' sampaikan dalam hati saya terdetik nak pinjam ahlong. Hahaha.. budak sangat!
Tapi.. Allah tu baik sangat, urusan saya dipermudahkan saya dapat bantuan daripada seorang hamba Allah ni, beliau bukan saudara, bukan juga siapa-siapa tapi Allah hantar beliau untuk bantu saya. Terima kasih yang teramat sangat. Syukur.. Alhamdulillah. Selepas menerima bantuan hala tuju saya semakin jelas! tiket untuk ke Bangi dah beli, Youth dah beli. Dalam hati bunga-bunga macam ada taman.
Saat yang dinantikan telah pun tiba, buat pertama kalinya saya bertentang mata dengan MAS 'wow! shantekknya!" macam tak percaya saya berjaya hadir ke training TWB. Dalam hati kecil saya asyik bermonolong ' woi bangunlah mira ni realiti bukan mimpi' kejap-kejap saya jadi blur mana tidaknya budak pekan Padang Serai dah sampai Bangi.. hampir hilang fokus tau.. haha! Sebelum ini saya hanya pandai cipta angan-angan lepas tu simpan senyap-senyap.
Selesai training TWB, mulalah poyo sikit rasa macam nak cerita pada satu dunia " heyyy! lihatlah dunia aku berjaya selesaikan training TWB " betapa bermaknanya semua ini pada saya. Apa lagi.. post dekat Facebook, post dekat whatsApp story. Tak sangka belum sampai Kedah dah berderet-deret customer. Wow! Magicnya!
Saat Magika Bersama TWB adalah saya dapat beranikan diri keluar dari 'dunia' saya yang tak berapa nak selesa tuh.. untuk bangkit bina kerjaya saya sendiri dan pecahkan tembok penghalang. Sebenarnya senang sangat nak buat duit dengan TWB. Tahu kenapa ?
Sebab ia "magic"
Terima kasih kerana sudi baca perkongsian saya.